Friday, December 3, 2010

JELLY KELAPA MUDA

Uummp sedapnya. Dah cuba sekali pasti nak lagi. Jelly Kelapa Muda Liza. Orang Port Klang dah kenai dah jeli aku nih. Tiap hari Jumaat aku ada berniaga di Masjid As-Saadah, Bdr Sultan Sulaiman. Boleh tahan jugalah jualan aku pada tiap hari jumaat. Jadi, kalau ada sesapa yang nak cuba rasa jeli aku atau ingin buat tempahan untuk sebarang majlis, jangan malu-malu untuk tepon aku...013-3680539. Harga boleh runding. Selain tu, aku ada jual juga lompat tikam, atau popular kat Selangor ni panggil bubur sum-sum. Gambarnya aku upload nanti, terlupa pulak nak ambik gambaqnya.

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT

Indahnya Hidup Bersyariat karya Dato' Ismail Kamus adalah satu buku bermanafaat untuk rujukan seisi keluarga. Di sini aku syorkan pada semua, satu buku satu rumah, sesuai juga untuk dijadikan hadiah atau cenderahati. Harganya RM55 berbaloi untuk rujukan. Layari www.stormreaders.net/noris

Saturday, November 20, 2010

TIPAH TERTIPU

Bulan Oktober 2010 yang lepas, waktu aku berniaga jeli kelapa dekat atas pembahagi jalan di tepi SACC, Shah Alam, seorang pompuan muda menyapa aku. Akupun layanlah, dan dia bagi aku business kadnya. Akupun syok juga layan dia, sebab dalam dok cerita-cerita pasai jeli aku yang sedap tu, dia nak order banyak. Lagilah aku syok. Dalam hati dok kata berapa banyak? Tetiba masuk bab dia nak tolong orang melayu macam aku ni. Dia kata, bukan apa ilmu yang dia ada, kalau tak dihebahkan rugilah sebab nak bagi orang melayu semua kaya. Hai....dia ni gheja apa la pulak? Kata aku dalam hati. Cerita punya cerita aku dapat tau dia ni gheja macam-macam. Salah satunya facial mobile. Kiranya cari orang untuk cuci muka kat rumah. Nak cuci muka, talipon saja dia. Congak punya congak, dalam hati kata syok jugak gheja ni. Masa tu la...aku kata seronok. Balik rumah dia dok talipon aku suruh join bengkel cuci muka dia. La............la..pulak. Tak syok pun ada. Aku ni jenis pengesian. Nak ambik hati aku, dia pun order jeli kelapa aku. Tak banyak 30 cup saja. tak apalah. Rejeki dah banyak tu. Lepas 2-3 hari, sekali lagi pompuan tu talipon aku, tanya nak join tak bengkel tu. Katanya bengkel tu, depa buat dekat salon. Entahlah.....aku jawap ya la pulak. Kena bayaq RM50. Siap dia cakap kalau cari orang lain join aku boleh dapat free tempat. Akupun mula lah cari orang yang nak join. Leaflets yang dia bagi kat aku ada alamat tempatnya saja. Akupun tanya la dengan minah tu apa nama bangunannya. Mestilah ada kan. Logik tak kawan-kawan? Tak apa akak datang aja. Punya la susah aku cari tempatnya bersama-sama dengan kengkawan yang nak join sekali. Hampeh....dua tiga kali jugak aku melilau cari jalan yang ada atas leaflets tu. Sampai nak marah pun dah ada. Kali ke 3 aku call dia, minah ni bagi tau ok...akak nampak signboard zhulian akak naik saja. Kita ada kat tingkat 1. Yang nak jadi cerita, aku and the gang masuk kat salon cina. Tapi tak la pulak nampak batang hidung orang melayu. Jadi aku tanya, kat sini ka buat bengkel cuci muka? Cina tu jawap, sebelah, sebelah. Terkejutlah kawan-kawan aku yang sangka nak kena jadi ahli zhulian. Kalau kau orang nak tau, aku dah 2 kali terkena dengan ahli-ahli zhulian ni. Memang cara ni business trick depa. Kena tipu orang, untuk jadi ahli depa. Jadinya sapa-sapa yang dah jadi ahli zhulian pada mulanya TIPAH TERTIPU. Tahniahlah kepada sesapa yang dah berjaya dalam zhulian.

Myspace Countdown Clock

Lady Bug Note Generators